More

    Melaka jadi negeri pertama perkenalkan konsep Kubur Digital

    Melaka kini menjadi negeri pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan kaedah pengurusan tanah perkuburan baharu yang dinamakan Kubur Digital.

    Kaedah ini akan menanda dan merekod setiap kubur secara digital termasuklah kubur-kubur lama untuk memudahkan generasi akan datang dalam mengenal pasti dan menziarah kubur ahli-ahli keluarga.

    Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata kaedah ini diperkenalkan untuk menambah baik tanah perkuburan sedia ada dengan menomborkannya dan memudahkan penziarah untuk mengesan lokasi tapak kubur waris.

    Ini adalah untuk menangani isu jumlah kubur yang semakin bertambah serta tanda kubur lama yang mungkin sudah hilang atau sukar dicari. Dengan menomborkan setiap kubur, ia dapat memberi lokasi yang tepat kepada generasi seterusnya untuk mengenal pasti lokasi tapak kubur.

    Kampung Pulau di Masjid Tanah telah pun dipilih sebagai lokasi perintis untuk projek Kubur Digital kemudian ia akan diperluas kepada seluruh negeri secara berperingkat.

    Beritahu kami di Facebook jika konsep baharu ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured