More

    Menangi telefon vivo apabila anda gunakan Touch ‘n Go eWallet

    Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan e-dompet untuk transaksi harian mereka, terutamanya selepas pengenalan e-Tunai Rakyat pada awal bulan ini. Jika anda menggunakan Touch ‘n Go (TnG) eWallet sebagai e-dompet pilihan, anda berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar Vivo apabila anda menggunakan e-dompet tersebut.

    Hanya dengan menggunakan TnG eWallet, pengguna berpeluang untuk membawa pulang vivo V15. Malah, bukan seorang sahaja yang akan memenangi telefon itu tetapi 400! Sempena peraduan Touch ‘n Go Big 2,000,000 Weekly Draw, 400 vivo V15 dan pelbagai hadiah lain boleh dimenangi.

    Get your vivo smartphone now with Touch ‘n Go eWallet ! In collaboration with Touch ‘n Go eWallet, the official…

    Posted by vivo on Isnin, 20 Januari 2020

    Jika anda sudah menuntut RM30 daripada e-Tunai Rakyat dalam TnG eWallet, penyertaan bagi setiap transaksi akan dinaikkan kepada dua penyertaan. Untuk lebih banyak maklumat tentang peraduan ini, boleh layari Facebook vivo Malaysia atau laman web TnG eWallet. Selain telefon, anda juga berpeluang memenangi Proton X70 atau motosikal Yamaha Solariz.

    vivo V15 adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang sangat baik untuk penggunaan harian terutamanya dengan kapasiti bateri yang besar, pengecasan pantas dan tiga kamera di belakangnya. Lihat spesifikasi penuh vivo V15 di laman web kami.

    Adakah anda akan menggunakan TnG eWallet dengan lebih kerap sekarang? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...