More

    Menjelang acara Galaxy Unpacked 2022, Samsung secara tidak sengaja dedahkan peranti akan datangnya

    Acara Samsung Galaxy Unpacked 2022 seterusnya akan diadakan minggu depan di mana syarikat itu akan memperkenalkan telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4. Menjelang pelancaran rasmi, syarikat itu secara tidak sengaja mengesahkan bahawa Galaxy Z Flip4 akan tersedia dalam 71 varian warna.

    Semua kemungkinan warna dan varian storan Galaxy Z Flip4, Galaxy Z Fold4, Galaxy Watch 5 dan Galaxy Watch 5 Pro telah disenaraikan dalam halaman web Samsung UK. Halaman web menyenaraikan empat varian warna utama Galaxy Z Flip 4 iaitu biru, bora ungu, grafit dan emas merah jambu. Walau bagaimanapun, Edisi BESPOKE telefon akan tersedia dalam lebih banyak warna daripada Black Green Navy hingga Black Yellow White.

    Bingkai telefon yang akan datang boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, perak dan emas. Warnanya boleh digabungkan dengan hijau, biru, merah, kuning dan putih untuk bahagian atas atau bawah telefon bahagian luar. Ini menjadikan jumlah kombinasi kepada 71. Laman web ini juga menyenaraikan Galaxy Z Flip4 dalam versi 128GB dan 256GB.

    Galaxy Z Fold4 akan tersedia dalam tiga warna iaitu beige, kelabu/hijau dan hitam. Ia akan datang dalam varian storan 256GB dan 512GB. Mungkin terdapat versi 512GB Z Flip4 dan versi 1TB bagi Z Fold4 tetapi hanya dalam pasaran terhad.

    Samsung akan melancarkan Galaxy Watch 5 dalam dua saiz iaitu 40mm dan 45mm, empat warna iaitu biru, emas, grafit dan perak serta dua varian sambungan (Bluetooth dan LTE). Terdapat juga jam tangan versi Golf yang serupa dengan Galaxy Watch 4. Galaxy Watch 5 Pro akan tersedia dalam saiz 45mm.

    Ia akan tersedia dalam warna hitam dan titanium serta dalam versi Bluetooth dan LTE. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: SAMMOBILE

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured