More

    Menteri Dalam Negeri: Polis tidak boleh periksa telefon orang awam sewenang-wenangnya

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh periksa telefon bimbit orang awam tanpa sebab yang kukuh. Jika mereka ingin memeriksa telefon seseorang, ia perlu berdasarkan maklumat risikan dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, baru-baru ini yang membenarkan pihak PDRM untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya terdapat syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang yang disyaki terlibat dalam kesalahan jenayah.

    Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu pemeriksaan telefon bimbit orang awam oleh polis, beliau akan berjumpa dengan PDRM serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam masa terdekat.

    Baru-baru ini, SUHAKAM menjelaskan bahawa pihak polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit seseorang sewenang-wenangnya sewaktu sekatan jalan raya kerana ia dianggap melanggar hak asasi manusia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured