More

    Menteri K-KOMM: Bantuan PerantiSiswa akan diagih bermula bulan ini

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata 60 peratus daripada hampir 100,000 permohonan untuk bantuan gajet Fasa 1 PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diluluskan. Pemohon yang lulus akan menerima peranti mereka seawal bulan ini.

    Baki 40 peratus permohonan dalam Fasa 1 pula sedang diteliti semula termasuk untuk kes rayuan, bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja akan menjadi penerima bantuan gajet itu. Beliau berkata ramai orang yang bukan pelajar turut memohon untuk bantuan tersebut, namun permohonan mereka tidak akan diluluskan.

    Di samping menyelesaikan pengagihan Fasa 1, K-KOMM juga sedang memulakan pengagihan Fasa 2 yang dirancang untuk bermula pada bulan Oktober dan selesai pada November. Untuk kedua-dua fasa ini, beliau mahu ia diselesaikan dalam masa 90 hari.

    Kerajaan telah pun memperuntukkan 400,000 unit peranti untuk diagihkan sepanjang tahun ini. Pengagihannya perlu disegerakan dan dibuat secara selaras, terutamanya untuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

    Beliau berkata demikian sewaktu mengagihkan gajet PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 493 pelajar Politeknik Kota Kinabalu di Sepanggar, Sabah semalam.

    Sebelum ini, PerantiSiswa Keluarga Malaysia dilancar bagi memberikan bantuan gajet kepada kumpulan rakyat B40. Penerima bantuan akan menerima tablet Samsung dan dibahagikan mengikut lima zon iaitu Zon Sabah dan Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda memohon bantuan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured