More

    Menteri K-KOMM: Pengguna data perlu lantik pegawai perlindungan data

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa, mencadangkan supaya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dipinda supaya pengguna data akan diwajibkan untuk melantik pegawai perlindungan data.

    “Pengguna data” merujuk kepada satu pihak sama ada individu atau kumpulan yang memproses atau mengawal sebarang data peribadi

    Selain itu, pindaan ini juga mewajibkan pemproses data untuk patuh kepada prinsip keselamatan dan membenarkan pemindahan data peribadi antara pengguna data asas permintaan subjek data, sekiranya sistem teknikal membenarkannya.

    Jika pindaan itu diluluskan, ia akan mewajibkan semua pengguna data untuk laporkan kebocoran dan ketirisan data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dalam tempoh 72 jam.

    Buat masa ini, pindaan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 28 Jun lalu untuk tindakan lanjut. Pindaan ini juga diambil bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi sebelum ini.

    Di samping itu, beliau berkata K-KOMM sedang membina langkah lain untuk mengatasi masalah kebocoran data serta scam, seperti mewujudkan satu platform bagi membenarkan pengguna menyemak kesahihan panggilan telefon.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured