More

    Menteri Kewangan: Jangan guna nama manja ketika daftar MySejahtera untuk tebus ePenjana

    Bermulanya tempoh penebusan ePenjana RM50 melalui e-dompet pada 31 Julai lalu, rakyat Malaysia dilihat berpusu-pusu memuat turun aplikasi dan melengkapkan prosedur untuk mendapatkan nilai RM50. Terkini, ePenjana relah merekodkan 4.5 juta penerima dalam masa tiga hari bermula 31 Julai 2020.

    Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seramai lebih 4.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya terima RM50 ke e-dompet mereka. Seiring dengan itu, jumlah pengguna aplikasi MySejahter yang mendaftar juga meningkat kepada dua juta, menjumlahkan seramai 9.4 juta pengguna.

    Sepintas lalu, anda boleh menebus ePenjana RM50 melalui e-dompet Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet. Apa pun, anda mesti mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dahulu. Pastikan anda mempunyai aplikasi MySejahtera dengan kemas kini terkini.

    Menteri Kewangan juga memberi peringatan untuk mengelakkan penggunaan nama manja seperti Superman, Boboi, dan Achik ketika mendaftar dalam aplikasi MySejahtera. Hal ini akan membuatkan anda tidak akan mendapat kelulusan untuk menebus ePenjana.

    Sudahkah anda menebusnya? Jika anda mempunyai masalah untuk menebusnya, anda boleh ke pautan cara untuk menebus RM50 ke e-dompet anda. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured