More

    Menteri Komunikasi kongsi reka bentuk tablet yang akan ditawarkan dalam program PerantiSiswa

    Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan program PerantiSiswa yang bertujuan untuk memberi tablet dan akses internet percuma kepada para pelajar di kalangan kumpulan B40. Pelajar yang layak boleh mula membuat permohonan untuk bantuan peranti melalui program PerantiSiswa bermula 15 April ini.

    Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan rekaan tablet yang akan ditawarkan dalam PerantiSiswa.

    Peranti tersebut mempunyai reka bentuk tablet yang boleh digabungkan dengan sebuah papan kekunci, manakal di bahagian sisi kanan pula terdapat sebatang stilus yang dilekatkan secara magnetik.

    Beliau tidak menyatakan jenama tablet tersebut secara rasmi. Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa tablet yang ditawarkan dalam program ini akan mempunyai mutu yang tinggi serta skrin 10.1 inci dan RAM 4GB. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM450 juta bagi menjayakan program ini dan membantu pelajar di kalangan keluarga susah.

    Kongsi pendapat anda tentang reka bentuk tablet ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...