More

    Menteri Komunikasi: Sarawak antara negeri terawal terima rangkaian 5G pada 2022

    Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, negeri Sarawak telah diberi tumpuan utama dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan ia bakal menjadi antara negara terawal yang akan dilengkapi rangkaian 5G pada tahun hadapan.

    Ini adalah kerana kepentingan negeri terbesar itu daripada segi geopolitik dan kesalinghubungan dengan Indonesia, terutamanya apabila negara itu bakal menubuhkan ibu kota baharu di wilayah Kalimantan.

    Selain itu, Sarawak turut terlibat dalam pembangunan kabel internet dasar laut dan ia telah pun dikenal pasti sebagai salah satu landing point. Kerajaan bakal memperuntukkan dana RM3 bilion untuk membangunkan rangkaian 4G dan 5G di Sarawak sahaja, seperti yang telah dirancang dalam pelaksanaan JENDELA fasa satu dan dua.

    Di samping itu, kerajaan akan turut menaik taraf Pusat Internet Desa kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi meningkatkan kegiatan sektor ekonomi digital di kalangan rakyat.

    Kongsi pendapat anda tentang perkembangan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...