More

    Menteri Komunikasi kongsi perkembangan infrastruktur 5G yang kini sedang dibina di Kuala Lumpur

    Julai lalu, Digital Nasional Berhad (DNB) berkata bahawa matlamat Malaysia adalah untuk melancarkan rangkaian 5G di ibu negara dan kawasan pentadbiran seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sebelum akhir tahun ini dan berkembang ke seluruh negara menjelang tahun 2023.

    Terdapat kurang dua bulan lagi sebelum penghujung tahun 2021. Malam tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkongsi perkembangan penggunaan rangkaian 5G melalui Twitter-nya yang kini dalam proses sedang memulakan rangkaian 5G di sekitar ibu kota.

    DNB sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd untuk mempercepatkan penggunaan rangkaian dan ekosistem 5G di seluruh Malaysia. Projek pembangunan ini dijangka menelan belanja RM11 bilion.

    Ralph Marshall, Ketua Pegawai Eksekutif DNB turut berkongsi butiran mengenai rangkaian 5G di Malaysia termasuk rancangan Malaysia untuk menubuhkan 500 tapak 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur yang akan dilancarkan pada Disember 2021. Sabah dan Sarawak akan mencapai liputan 5G pada tahun 2022.

    Apabila kadar liputan 5G di Malaysia melebihi 90%, rangkaian 5G DNB dijangka mempunyai 10,167 tapak. Perlu diingat bahawa terdapat satu kenyataan dalam artikel yang DNB berjanji untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100Mbps kelajuan.

    Ini bermaksud pengguna dapat menikmati kelajuan sekurang-kurangnya 100Mbps di tempat dengan liputan rangkaian paling lemah. Untuk pengetahuan, kelajuan capaian semasa ialah 18Mbps. DNB berkata jika kelajuan 100Mbps tidak dicapai, mereka mungkin berdepan denda.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Terjemahan: TechNaveCN

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured