More

    Menteri Perpaduan: Kenyataan berbaur kebencian, perkauman meningkat 123% berbanding tahun lepas

    Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menyatakan bahawa sistem e-Sepakat telah mengesan 47 isu berkenaan 3R (religion, race, royalty) pada suku pertama 2024, lebih tinggi daripadaa 21 isu pada tempoh yang sama tahun lepas. Daripada segi peratusan, beliau mengatakan kenyataan yang melibatkan agama, perkauman dan kebencian telah menunjukkan peningkatan sebanyak 123 peratus.

    Sistem e-Sepakat adalah pusat pengumpulan data utama untuk pengurusan isu perpaduan sebagai mekanisme gerak kerja pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu secara digital.

    Beliau turut berkata 1,454 kandungan berkaitan 3R telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan diturunkan daripada pelbagai platform media sosial dalam tempoh Januari hingga 31 Mac 2024. Ia terdiri daripada 588 kandungan perkauman, 727 kebencian agama dan 139 kebencian institusi diraja.

    Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mencatatkan 162 kes pergaduhan kaum di seluruh negara, di mana tiga negeri yang tertinggi adalah Johor dengan 53 kes, Selangor dengan 34 kes dan Pulau Pinang dengan 23 kes.

    Beliau mengingatkan bahawa orang ramai perlu mempunyai sikap hormat-menghormati dan tolak ansur yang tinggi kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki kepelbagaian latar belakang.

    Walaupun Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan daripada segi perundangan, mereka bekerjasama dengan Jabatan Perbaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), PDRM, MCMC serta Majlis Keselamatan Negara (MKN)  untuk mengurus isu perpaduan. Antara mekanisme yang digunakan dalam mengurusnya ialah pengesanan dan pemantauan dalam peringkat akhir umbi melalui sistem e-Sepakat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured