More

    Mercedes kini mempunyai aplikasi untuk Apple Watch

    Jika anda mempunyai Apple Watch dan kereta Mercedes, anda pasti gembira mendengar bahawa Mercedes kini mempunyai aplikasi untuk Apple Watch. Pemilik kereta Mercedes kini boleh berinteraksi dengan kereta mereka tanpa menggunakan telefon pintar.

    Pemilik boleh menyemak julat kereta berdasarkan lokasi semasa, paras bateri atau bahan api, semak status pengecasan, tentukan lokasi kereta anda dari jauh serta mengunci dan membuka kunci kenderaan dari jauh. Anda juga boleh memastikan sama ada tingkap ditutup dengan betul selepas meninggalkan kenderaan.

    Akhir sekali, anda boleh mengesan di mana kereta anda diletakkan dan kemudian mendapatkan navigasi laluan pejalan kaki ke arahnya. Terdapat mod kompas untuk menavigasi di kawasan yang pemetaan tidak tersedia seperti tempat letak kereta bawah tanah. Semua ciri ini kini tersedia kepada pemilik Apple Watch di Eropah manakala keluaran di AS, China dan Asia Pasifik menyusul.

    Untuk menggunakan fungsi Apple Watch, anda perlu mempunyai akaun Mercedes me dan aplikasi Mercedes versi 1.50.0 atau lebih baharu pada iPhone anda. Apple Watch anda juga perlu menjalankan watchOS 9 atau lebih baru. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured