More

    Meta bakal lancar cermin mata AR Hypernova di Meta Connect 2025 September ini

    Meta dilaporkan sedang bersiap sedia melancarkan cermin mata pintar generasi baharu dengan nama kod Hypernova (juga dikenali sebagai Celeste) yang dijangka diperkenalkan pada acara tahunan Meta Connect September 2025. Produk ini bakal menjadi kemasukan besar Meta dalam pasaran augmented reality (AR) selepas kejayaan siri Ray-Ban smart glasses.

    Menurut laporan, harga Hypernova dijangka bermula sekitar USD800 (~RM3,700), jauh lebih rendah daripada jangkaan awal yang melebihi USD1,000. Strategi harga ini dilihat sebagai usaha Meta untuk menjadikan AR lebih mudah diakses pengguna arus perdana. Hypernova dilengkapi dengan paparan mini di lensa kiri yang berfungsi sebagai HUD (head-up display).

    Ia mampu memaparkan notifikasi, aplikasi mini serta maklumat penting secara langsung di hadapan mata pengguna. Selain itu, Meta memperkenalkan gelang pintar berasaskan sEMG (electromyography) yang membolehkan pengguna mengawal Hypernova melalui pergerakan jari. Bingkai cermin mata turut menyokong kawalan sentuh untuk navigasi lebih mudah.

    Hypernova akan menggunakan sistem operasi Android tersuai dan akan dipasarkan bersama EssilorLuxottica, rakan kongsi yang sebelum ini membantu menghasilkan model Ray-Ban Smart Glasses. Meta dijangka mengumumkan Hypernova pada Meta Connect pertengahan September 2025 dengan pasaran global bakal menerima kemasukan tidak lama selepas itu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...