More

    Meta dalam proses akhir untuk dapatkan lesen Media Sosial – Fahmi Fadzil

    Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, kini berada di fasa akhir untuk mendapatkan Lesen Kelas Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP) di Malaysia. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mendedahkan bahawa Meta sedang melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk memenuhi syarat undang-undang.

    Selain Meta, platform lain seperti Google dan X juga sedang dinilai untuk pematuhan. Google mendakwa ia bukan platform media sosial tetapi kerajaan berpendapat ciri seperti YouTube Shorts menyerupai TikTok. X pula menyatakan pengguna mereka di Malaysia kurang daripada lapan juta yang boleh mengecualikannya daripada lesen.

    Namun, kerajaan masih menilai perkara ini. Fahmi turut mengumumkan perbincangan dengan Microsoft, pemilik LinkedIn, berikutan laporan pengguna LinkedIn di Malaysia dijangka melebihi lapan juta pada 2025. Tambahan, terdapat aduan berkaitan penipuan pekerjaan di LinkedIn yang kini ditangani oleh MCMC.

    Menteri itu menegaskan pentingnya pelesenan ini untuk memastikan keselamatan dalam talian terutamanya bagi kanak-kanak dan keluarga. Langkah ini adalah usaha untuk mewujudkan ruang digital yang lebih selamat sambil mengekalkan kebebasan bersuara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured