More

    Meta didenda ~RM5.95 bilion oleh Kesatuan Eropah kerana kesalahan pindahan data

    Meta iaitu syarikat yang memiliki Facebook telah didenda €1.2 bilion (~RM5.95 bilion) oleh Pihak Berkuasa Perlindungan Data Ireland (IE DPA). Menurut Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB), ia merupakan denda terbesar yang pernah berlaku ke atas pelanggaran data atau General Data Protection Regulation (GDPR).

    Denda itu dikenakan kerana Meta telah memindahkan data peribadi pengguna Eropah ke Amerika Syarikat melalui klausa kontrak standard sejak Julai 2020 yang EDPB anggap menyalahi undang-undang. Meta perlu menghentikan prosedur dalam tempoh enam bulan.

    Menurut Suruhanjaya Perlindungan Data, Meta Ireland melanggar Artikel 46 (1) GDPR. Artikel itu sendiri membenarkan organisasi memindahkan data ke negara ketiga atau organisasi antarabangsa dengan syarat terdapat perlindungan yang sesuai dan penyelesaian undang-undang yang berkesan untuk subjek data.

    Data Protection Commission (DPC) membuat kesimpulan bahawa langkah-langkah oleh Meta adalah tidak mencukupi dalam menangani risiko terhadap hak dan kebebasan subjek data. Siasatan telah dimulakan pada Ogos 2020 tetapi menerima lampu hijau daripada mahkamah Ireland pada Mei 2021.

    DPC mempunyai masa untuk menyediakan draf keputusan itu, yang disokong oleh kebanyakan ahli EU/EEA yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: EDPB

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...