More

    Meta dikesan bangunkan semula teknologi imbas wajah untuk cermin mata pintar

    Kod yang dipercayai berkaitan teknologi pengecaman wajah ditemui dalam aplikasi Meta AI yang digunakan bersama cermin mata pintar Meta, menurut laporan terbaharu. Ciri yang dikenali secara dalaman sebagai “NameTag” dikatakan berupaya mengenal pasti individu yang dirakam melalui kamera pada cermin mata pintar seperti Ray-Ban Meta dan Oakley Meta.

    Penemuan ini menarik perhatian kerana Meta sebelum ini menamatkan sistem pengecaman wajah Facebook pada 2021 susulan kebimbangan privasi dan penggunaan data biometrik. Meta bagaimanapun menegaskan ciri tersebut belum diaktifkan untuk pengguna dan mereka masih belum membuat keputusan sama ada ia akan dilancarkan pada masa hadapan.

    Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini, penemuan tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerhati privasi yang melihat teknologi pengecaman wajah pada peranti boleh pakai sebagai satu potensi risiko terhadap privasi awam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Wired

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...