More

    Meta lancarkan Akademi Kreator di Malaysia, bantu tingkatkan kualiti pencipta kandungan

    Meta telah melancarkan Akademi Kreator Meta pada hari ini yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Akademi ini akan memberi latihan dan sokongan percuma kepada semua kreator yang baru bermula dan yang sedang berkembang bagi mempelajari daripada para kreator tempatan lain yang lebih berpengalaman.

    Mereka akan didedahkan kepada cara-cara menggunakan peralatan digital untuk kreator di Facebook dan Instagram bagi menarik lebih ramai penonton, membina jenama tersendiri dan membangunkan kerjaya mereka melalui minat. Para kreator ini mewakili pelbagai genre termasuk makanan, pakaian, gaya hidup, muzik, serta format baru seperti realiti maya (AR) dan barangan koleksi digital.

    Kreator menggunakan Facebook dan Instagram untuk berkongsi kisah, berhubung dengan komuniti, dan membina kerjaya. Melalui program ini, Meta berharap untuk membantu mereka mempertingkatkan kemahiran mengakses kaedah terbaik, sumber dan kepakaran agar kreator bersedia merebut peluang dan inovasi di masa hadapan sebagai seorang kreator.

    Akademi Kreator Meta dibangun berlandaskan inisiatif baharu Meta di Malaysia. Ekonomi Pencipta membawa potensi besar kepada industri digital dan kreatif di Malaysia, dan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Menurut kajian dari Meta pada tahun 2022 yang bertajuk The Rise of the Creator Economy ekonomi kreator dijangka akan bernilai lebih dari USD100 billion.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured