More

    Meta lancarkan aplikasi Threads untuk platform Windows

    Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa aplikasi Threads untuk Windows kini tersedia. Ketua Pegawai Eksekutif Meta menyiarkan gambar lamanya yang diedit menggunakan aplikasi Threads pada PC lama yang menjalankan Windows XP.

    Aplikasi Threads kini tersedia untuk dimuat turun di Microsoft Store dan memerlukan peranti yang menjalankan Windows 10 versi 19041.0 atau lebih baru dengan sekurang-kurangnya RAM 2GB. Sama seperti Android dan iPhone, anda boleh log masuk ke aplikasi Windows Threads menggunakan akaun Instagram.

    Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak imbas platform tanpa profil Threads sama seperti pengalaman pada pelayar web. Threads telah menarik jutaan pengguna sejurus selepas pelancaran dan menjadi aplikasi terpantas untuk mencapai 150 juta muat turun.

    Terdapat beberapa kekurangan ciri penting pada masa pelancaran dan Instagram memberi jaminan bahawa mereka akan cuba menutup kelompongan tersebut dalam kemas kini akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Threads

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured