More

    Meta mohon maaf kepada PM, kembalikan hantaran yang disekat

    Meta Platforms (Meta) menyatakan permohonan maaf berikutan tindakan platform itu menurunkan siaran media sosial Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 14 Mei dan 31 Julai berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh daripada Facebook.

    Menurut sumber, jurucakap Meta berkata syarikat itu memohon maaf atas “kesilapan operasi” dan menambah bahawa kandungan telah dipulihkan dengan label yang betul. Tiga catatan bertarikh 31 Julai kini telah dikembalikan dan dilabelkan sebagai “Siaran ini dibenarkan untuk kesedaran awam.”

    Selain itu, wakil kerajaan melalui mesyuarat pada Isnin telah menuntut beberapa perkara termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan yang diambil oleh Meta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta. Meta juga berjanji untuk mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

    Sama-sama kita nantikan sebab utama mengapa Meta menurunkan hantaran tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...