More

    Meta Quest 3 diumum, miliki reka bentuk 40% lebih nipis berharga ~RM2,294

    Hari ini, Mark Zuckerberg secara rasmi melancarkan alat dengar maya dan realiti campuran Meta Quest 3. Meta Quest 3 mempunyai resolusi yang lebih tinggi daripada Quest 2 dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon generasi seterusnya yang akan memberikan dua kali ganda prestasi grafik berbanding GPU Snapdragon yang digunakan pada Quest 2.

    Terdapat juga sokongan untuk keseluruhan warna dengan resolusi tinggi dalam penggunaan realiti campuran. Meta Quest 3 mempunyai badan 40% lebih langsing berbanding Quest 2 dan dilengkapi dengan pengawal Touch Plus yang direka bentuk semula sepenuhnya.

    Haptics TruTouch pertama kali dilihat dalam Touch Pro juga ditampilkan pada peranti ini dan boleh menggunakannya walaupun beli secara berasingan. Quest 3 akan serasi dengan kandungan yang terdapat pada Quest 2. Ia akan tersedia dengan harga $499.99 (~RM2,294).

    Quest 2 dan Pro akan kekal dijual walaupun selepas pelancaran Quest 3. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meta

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...