More

    Meta rancang untuk tawarkan Facebook dan Instagram yang tidak mempunyai iklan

    Pada masa hadapan, para pengguna media sosial popular Facebook dan Instagram mungkin tidak perlu lagi melihat iklan yang sangat menjengkelkan sewaktu melayarinya. Syarikat yang memiliki kedua-dua platform, Meta, dikhabarkan akan menawarkan versi khas untuk Facebook dan Instagram yang tidak mempunyai iklan.

    Sungguh pun begitu, para pengguna perlu membayar sejumlah wang sebagai yuran bulanan untuk tidak melihat iklan dalam suapan (feed) mereka. Meta akan menawarkan produk ini di Eropah, berikutan desakan daripada Kesatuan Eropah (EU) tentang isu perlindungan data dan penyebaran iklan dalam kalangan pengguna Facebook dan Instagram.

    Versi ini mungkin serupa seperti YouTube Premium, di mana para pengguna YouTube perlu membayar yuran bulanan agar iklan tidak dipaparkan sewaktu menonton video.

    Sebelum ini, Meta sering didenda oleh negara-negara EU kerana mereka gagal melindungi data para penggunanya, seperti yang berlaku di Ireland di mana Meta didenda USD1.3 bilion.

    Meta juga masih belum melancarkan platform media sosial terbarunya, Threads, dalam Eropah kerana syarikat itu masih menangani isu perlindungan data dengan pihak EU. Mereka mungkin risau dengan Akta Pasaran Digital yang mengelakkan syarikat daripada menggunakan data peribadi pengguna seperti nama dan lokasi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda sanggup untuk membayar versi Facebook dan Instagram yang tidak mempunyai iklan, dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...