More

    Meta, SKMM dan PDRM bekerjasama untuk bendung halaman palsu, penipuan serta perjudian

    Pada akhir Jun 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta kerana tidak bekerjasama untuk mengalih keluar iklan penipuan di Facebook.

    Tetapi isu itu telah diselesaikan seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil. Dalam catatan rasmi di Facebook, Fahmi dan SKMM akhirnya bertemu dengan wakil Meta di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman.

    https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia/posts/826545198837345?ref=embed_post

    Dalam pertemuan itu, Meta menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan SKMM dan PDRM dalam usaha membendung jenayah siber. Ini termasuk 3R (bangsa, agama dan institusi diraja), penyamaran, perjudian dalam talian serta iklan penipuan.

    Menurut Fahmi, beliau berkongsi kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia sejak Januari hingga Mei 2023 menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp dengan jumlah keseluruhannya mencecah hampir RM330 juta. Berbanding dengan 2022, ia lebih teruk daripada sebelumnya disebabkan peningkatan 25%.

    Tetapi dengan kerjasama ini, Fahmi percaya isu-isu itu akan dapat dikurangkan. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...