More

    MG Cyberster dilancar di Malaysia: EV “roadster” pertama di negara berharga RM319,900

    MG Motors Malaysia hari ini melancarkan kenderaan elektrik sukan MG Cyberster yang merupakan EV roadster pertama yang dijual dalam negara, dengan harga bermula RM319,900.

    Kenderaan ini mempunyai motor dengan kuasa maksimum 375kW, kuasa kuda 503PS, tork sehingga 725Nm dan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat. Sebagai sebuah roadster, ia mempunyai bumbung elektrik (electric soft top) yang boleh diturun dan dinaikkan, dan ia mengambil masa selama 10 saat untuk dinaikkan (bawah kelajuan 50km/j).

    Baterinya pula berkapasiti 77kWh dan boleh menyediakan jarak pemanduan WLTP sehingga 446km. Pengecasannya menggunakan Type 2 CCS COMBO, dan waktu pengecasannya mengambil masa sekitar 10 jam untuk cas 10%-100% dengan kadar 7kW, atau 38 minit untuk cas 10%-80% dengan kadar 150kW.

    Untuk bahagian dalaman, ia mempunyai tiga skrin yang terdiri daripada skrin Virtual Cluster 10.25 inci, skrin sentuh hiburan Infotainment Touch Screen 7 inci dan skrin sentuh untuk pemandu Driver Information Touch Screen 7 inci. Untuk audio, ia mempunyai lapan pembesar suara dengan sistem bunyi BOSE.

    Dua kerusinya merupakan Y-shape Sports Seats, yang dibuat dengan material kulit serta mempunyai sokongan bahu untuk pemanduan yang selesa. Kerusinya kalis air, boleh bernafas dan mempunyai tetapan memori untuk dua kedudukan (2-position memory settings).

    Ia akan ditawarkan dalam warna putih Ivory White, kelabu Andes Grey, hijau Mystic Teal, kuning Inca Yellow, perak Cosmic Silver dan merah Diamond Red.

    Para pembeli di Malaysia akan menerima beberapa manfaat seperti:

    • Waranti pemanduan selama 7 tahun atau 150,000km pertama
    • Perlindungan bateri selama 8 tahun atau 180,000km pertama
    • Perlndungan motor selama 8 tahun atau 160,000km pertama
    • Pengecasan tanpa had untuk 1 tahun dengan Jomcharge dan Auto Charge
    • Pengecas dinding (wallbox) 7kW

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MG Cyberster dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured