More

    MG HS diumumkan dengan dua varian, harga rasmi bermula RM129,000

    SAIC Motor Malaysia kini telah mengumumkan harga untuk MG HS iaitu SUV premium baharu yang kini tersedia dalam dua varian seperti Standard dan Lux yang masing-masing berharga RM129,900 dan RM145,900. MG HS menampilkan lampu utama LED Bi-Fungsi, gril besar dan bampar belakang sporty.

    Rim aloi 18 inci Diamond Cut, dua ekzos dan spoiler menambah gaya dinamiknya. Bahagian dalaman menawarkan 64 pilihan lampu suasana, bumbung suria panoramik serta tempat duduk Sport. Untuk kemudahan, ruang kargo sebesar 463 liter boleh diperluas hingga 1,287 liter. Pintu belakang kuasa dan kerusi belakang boleh dilipat 60/40 bagi meningkatkan fleksibiliti.

    SUV ini dilengkapi paparan infotainment 10.1 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto dan sistem MG iSMART. Ia dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5L menghasilkan 162 PS dan tork 250 Nm dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan. MG HS dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) termasuk:

    • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
    • Adaptive Cruise Control (ACC) dan Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
    • Blind Spot Detection (BSD) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

    MG HS tersedia dalam empat warna seperti Black Pearl, Arctic White, Camden Grey dan Dynamic Red. MG menawarkan 5 tahun jaminan kenderaan dan 7 tahun jaminan rangkaian kuasa tanpa had perbatuan. Sempena ulang tahun ke-100 MG, diskaun RM5,000 ditawarkan untuk varian Standard dan Lux.

    Anda boleh membuat ujian pandu pada 23 dan 24 November 2024 di pengedar sah MG Motor berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MG HS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...