More

    MG S5 EV CKD Malaysia: Harga RM120,000, jarak 446km dan pemasangan di Melaka

    Terbaharu, SAIC Motor Malaysia telah melancarkan pengeluaran MG S5 EV versi pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti PEPS-JV (Melaka), Alor Gajah. Kerjasama strategik bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB) menyasarkan pengeluaran tahunan antara 1,500 hingga 2,000 unit bagi tahun 2026.

    Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh rantaian bekalan automotif negara, malah menyokong pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) serantau. Model pacuan roda belakang tersebut menawarkan prestasi lebih mantap berbanding unit import (CBU) dengan hamburan kuasa 151kW dan tork 350Nm.

    Jarak pemanduan mencecah 446km (WLTP) disokong teknologi pengecasan pantas DC 150kW yang mampu mengisi bateri daripada 10% ke 80% dalam masa 26 minit. Penggunaan rekaan bateri ultra nipis secara mendatar turut meningkatkan kestabilan pemanduan serta keluasan ruang kabin. Aspek keselamatan merangkumi 7 beg udara, sistem bantuan pemandu termaju ADAS 2.5 serta pengiktirafan keselamatan lima bintang daripada Euro NCAP dan ASEAN NCAP.

    Varian LUX dipertingkatkan dengan ciri premium seperti kerusi hadapan berpengudaraan, pelarasan kuasa bagi penumpang hadapan serta pintu but belakang bebas tangan. Pemilik disediakan jaminan bateri selama 8 tahun atau 180,000km bagi memastikan ketenangan minda jangka panjang. Tempahan kini dibuka pada anggaran harga RM120,000 beserta tawaran Early Bird bernilai RM10,000 bagi pelanggan awal.

    Pakej promosi tersebut merangkumi rebat tunai RM7,000, pengecas wallbox 7kW dan kredit pengecasan RM1,000. Fasiliti di Pegoh tersebut berkeupayaan memasang model BEV, HEV, dan ICE bagi memenuhi permintaan pasaran domestik serta pertumbuhan strategi serantau. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured