More

    Mi 10S dilancar: Snapdragon 870, kamera kuad 108MP, bateri 4,780mAh, cas pantas 33W bermula ~RM2,091

    Xiaomi hari ini telah melancarkan peranti terbaru dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10S yang dilengkapi pelbagai spesifikasi hampir andalan seperti cipset Snapdragon 870, empat kamera termasuk kamera utama 108MP, bateri 4,780mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Daripada segi luaran, Mi 10S mempunyai reka bentuk mirip Mi 10 Ultra dan akan ditawarkan dalam warna yang sama untuk Mi 11 iaitu biru, hitam dan putih. Xiaomi juga mengatakan pembesar suara Harman Kardon dalam Mi 10S adalah pembesar suara terbaik dalam sejarah Xiaomi setakat ini.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Mi 10S:

    • Cipset Snapdragon 870
    • Skrin melengkung AMOLED 6.67 inci 90Hz dengan kadar bacaan sentuhan 180Hz
    • RAM 8GB atau 12GB
    • Storan 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Mampu merakam sehingga 8K
    • Bateri 4,780mAh
    • Pengecasan pantas 33W, pengecasan wayarles 30W, pengecasan berbalik 10W
    • Pengimbas cap jari di bawah skrin
    • Dwi-pembesar suara stereo Harman Kardon

    Mi 10S akan dijual pada harga CNY3,299 (~RM2,091) untuk 8GB+128GB, CNY3,499 (~RM2218) untuk 8GB+256GB dan CNY3,799 (~RM2,408) untuk 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured