More

    Mi 11 Ultra dilancar di Malaysia: Dua skrin, tiga kamera 50MP, cas pantas 67W berharga RM4,299

    Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan Mi 11 Ultra untuk pasaran tempatan, di mana ia akan dijual pada harga RM4,299 bermula 8 April. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang lebih canggih berbandin Mi 11 asal, di mana ciri utama adalah sebuah skrin kecil pada bonggol kamera di belakang untuk memudahkan pengguna mengambil swafoto menggunakan kamera utama.

    Mi 11 Ultra yang telah dilancar pada 29 Mac di China sebelum ini dilengkapi sensor kamera ISOCELL GN2 50MP dan telah diiktiraf oleh DXOMARK sebagai kamera telefon terbaik setakat ini, dengan markah sebanyak 143 mata. Selain itu, telefon ini juga dilengkapi kamera periskop 48MP dengan zum sehingga 120x.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Mi 11 Ultra:

    • Snapdragon 888
    • RAM LPDDR5 12GB
    • Storan UFS3.1 256GB
    • Paparan 2K 120Hz Super AMOLED 6.81 inci
    • Kamera utama sensor Samsung GN ISOCELL 50MP + kamera ultra-lebar 48MP + kamera telefoto 48MP dengan zum sehingga 120x
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri berteknologi silikon-oksigen anod 5000mAh
    • Sokongan cas pantas 67W berwayar dan wayarles, pengecasan berbalik 10W
    • Rating tahan air dan debu IP68
    • Dwi-pembesar suara stereo Harman Kardon
    • Pengimbas cap jari dalam skrin
    • Dioperasikan MIUI 12.5 berasaskan Android 11
    • Pilihan warna putih atau hitam

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Mi 11 Ultra pada hari Khamis ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured