More

    Mi Vacuum Cleaner G10, Mi Vacuum Cleaner Light sedia dijual di Malaysia, bermula RM429

    Tekrini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kehadiran Mi Vacuum Cleaner G10 dan Mi Vacuum Cleaner Light di pasaran tempatan. Pembersih vakum ini menambah bilangan produk sebegini yang sudah sedia ada dalam ekosistem barangan elektronik Xiaomi.

    Bermula dengan Mi Vacuum Cleaner G10, ia sebenarnya sudah diumum pada bulan Februari lalu. Pembersih vakum Mi Vacuum Cleaner G10 dilengkapi motor yang boleh berpusing sebanyak 125,000rpm, menghasilkan kuasa sedutan 150AW. Baterinya boleh bertahan sehingga 65 minit dan memerlukan 3.5 jam untuk pengecasan penuh.

    Mi Vacuum Cleaner Light pula adalah pilihan yang lebih mudah alih untuk kerja pembersihan rumah. Ia dilengkapi motor tanpa berus 100,000rpm, tiga tahap penapisan dengan kuasa sedutan 50 watt udara. Pembersih vakum mudah alih ini boleh bertahan sehingga 45 minit dalam satu kali pengecasan.

    Selain pembersih vakum, Xiaomi turut mengumumkan kehadiran Mi Portable Bluetooth Speaker (16W), Mi Computer Monitor Light Bar dan Mi 23.8 Desktop Monitor 1C tersedia dijual di pasaran tempatan. Anda boleh menyemak harga kesemua produk di atas seperti di bawah. Pembelian boleh dilakukan bermula 26 Mac 2021 melalui Mi Store atau pengedar sah Xiaomi, Lazada dan Shopee.

    • Mi Vacuum Cleaner G10 = RM1,099
    • Mi Vacuum Cleaner Light =RM429
    • Mi Portable Bluetooth Speaker (16W) = RM169
    • Mi Computer Monitor Light Bar = RM159
    • Mi 23.8 Desktop Monitor 1C = RM699

    Adakah anda berminat dengan mana-mana produk di atas? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured