More

    Microsoft bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk bantu “startup” Malaysia berkembang

    Microsoft Malaysia akan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) untuk melancarkan inisiatif Highway to 100 Unicorns (Usaha Melahirkan 100 Unikorn) iaitu sebuah program bagi membantu syarikat-syarikat pemula (startup) tempatan yang pantas berkembang (unicorn startups) dalam meluaskan operasi mereka, dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

    Syarikat-syarikat pemula yang layak bakal menerima bengkel khusus, bimbingan mentor, webinar perkongsian ilmu bulanan dengan perusahaan global, bantuan teknologi dan peluang melibatkan pakar dan pemimpin industri daripada Microsoft dalam operasi mereka.

    Syarikat yang berminat perlu mengemukakan permohonan untuk pertandingan Emerge X, di mana mereka akan diberikan kredit GitHub dan Azure secara percuma dan boleh menyertai bengkel khusus tentang perniagaan dan teknologi. Peserta akhir dari Malaysia akan diumum pada November bersama 16 usahawan terpilih daripada negara Asia Pasifik yang lain.

    Layari laman web Highway to 100 Unicorns untuk maklumat lanjut. Buat mereka yang berminat, permohonan akan ditutup pada 31 Oktober. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertai inisiatif oleh Microsoft ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured