More

    Microsoft didenda RM92 juta kerana pengumpulan data kanak-kanak

    Microsoft perlu membayar $20 juta (~RM92 juta) untuk menyelesaikan denda yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) kerana syarikat itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA).

    Dalam aduan yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi pihak FTC, jabatan itu menuduh Microsoft telah mengumpul maklumat pengguna Xbox bawah umur termasuk nama penuh, alamat e-mel serta tempat lahir dan mengekalkan data tersebut walaupun tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

    Dari 2015 hingga 2020, Microsoft mengumpul dan mengekalkan data daripada pengguna bawah umur walaupun ibu bapa mereka tidak melengkapkan proses pendaftaran. Di bawah COPPA, perkhidmatan dalam talian mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa yang boleh disahkan sebelum menggunakan sebarang maklumat peribadi daripada kanak-kanak.

    FTC memerintahkan Microsoft untuk mewujudkan sistem yang akan memadamkan semua maklumat peribadi yang dikumpul daripada kanak-kanak dalam masa dua minggu jika ibu bapa mereka tidak melengkapkan penciptaan akaun mereka juga.

    Selain itu, FTC mahu Microsoft memberitahu penerbit permainan video jika maklumat peribadi yang dikongsi adalah daripada kanak-kanak supaya ia boleh dilindungi oleh COPPA. Walaupun Microsoft telah melaksanakan perubahan pada proses pendaftarannya,ia mesti diluluskan oleh mahkamah persekutuan sebelum boleh berkuat kuasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: engadget

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured