More

    Microsoft lancarkan 7 produk Surface baharu, termasuk komputer riba, tablet, stilus dan tetikus

    Baru-baru ini Microsoft telah mengadakan acara pelancaran rasmi bagi tujuh buah produk miliknya. Produk yang dilancarkan ialah Microsoft Surface Pro 8, Surface Laptop Studio, Surface Duo 2, Surface Slim Pen 2, Surface Go 3, Surface Adaptive Kit dan tetikus Ocean Plastic.

    Microsoft Surface Pro 8

    Microsoft Surface Pro 8 hadir dengan reka bentuk terbaru berbeza dengan barisan Surface Pro yang lain. Ia memiliki bingkai skrin yang nipis berukuran 13 inci, dua port Thunderbolt 4 dan menyokong penggunaan Surface Slim Pen 2 terbaru.

    Microsoft Surface Laptop Studio

    Surface Laptop Studio merupakan komputer riba terbaru daripada Microsoft untuk segmen andalannya. Komputer riba ini mempunyai engsel pada bahagian tengahnya yang mana ia boleh dilipat untuk memudahkan pengguna untuk melakukan kerja.

    Microsoft Surface Duo 2

    Microsoft Surface Duo 2 menambah banyak ciri berbanding versi sebelumnya yang mana ia merangkumi sambungan 5G, tiga kamera dan Glance Bar. Glance Bar berfungsi untuk menunjukkan masa dan kapasiti bateri yang tinggal semasa komputer riba ini ditutup.

    Microsoft Surface Slim Pen 2

    Stilus yang baru dilancarkan Microsoft ini memiliki ciri haptik yang mana ia memberikan tindak balas sentuhan yang tepat ketika menggunanya.

    Microsoft Surface Go 3

    Surface Go 3 merupakan peranti kelas permulaan dalam barisan Surface yang telah dikemas kini dan diberikan cip pemprosesan Intel terbaru.

    Microsoft Surface Kit Adaptif

    Kit Adaptif merupakan kotak yang mengandungi label dan penunjuk untuk dilekatkan pada peranti Surface. Selain itu, di dalam kit tersebut juga terdapat alatan untuk membuka badan peranti ini dan kaki pada bahagian belakangnya.

    Tetikus Microsoft Ocean Plastic

    Badan tetikus Microsoft Ocean Plastic diperbuat daripada 20% bahan plastik yang dikumpulkan daripada lautan dan dikitar semula. Untuk pengetahuan, pembungkusan ia juga menggunakan bahan 100% boleh dikitar semula.

    "
    "

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured