More

    Microsoft Windows 11 dilancar di Malaysia, bakal menyokong aplikasi Android

    Hari ini, Microsoft secara rasmi telah melancarkan kemas kini terbaru iaitu Windows 11 secara global. Kemas kini ini percuma kepada semua pengguna Windows 10.

    Untuk mengemaskini kepada Windows 11, anda perlu menunggu kemas kini disediakan untuk peranti anda di dalam tetapan Windows Update. Sekiranya PC anda memenuhi semua spesifikasi, anda harus menunggu beberapa minggu untuk menerima kemas kini Windows 11.

    Pilihan lain adalah memuat turun Download Assistant Windows 11 Microsoft. Ia berfungsi sama seperti Windows 10 yang dilancarkan beberapa tahun lalu oleh Microsoft. Aplikasi ini akan memuat turun kemas kini dan kemudian anda boleh memulakan proses pemasangan mengikut kesesuaian waktu.

    Melalui laman web, anda juga boleh memuat turun dan memindahkan fail tersebut ke dalam pemacu USB yang boleh anda gunakan untuk memasang salinan baru Windows 11. Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun fail ISO dan kemudian memindahkannya ke DVD.

    Windows 11 membawa banyak perubahan pada platform termasuk UI baharu dengan bar tugas dan menu Mula yang dikemas kini. Selain itu, terdapat pembaharuan pada widget, tema dan aplikasi Microsoft Store baru dengan sokongan aplikasi Android yang mana ciri ini hadir pada masa akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat terhadap kemas kini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured