More

    Microsoft mula menguji ciri AI, Copilot Vision pada pelayar Edge

    Microsoft telah memperkenalkan pratonton Copilot Vision yang merupakan satu ciri AI baharu yang membolehkan pengguna mengimbas laman web yang dilayari dan berinteraksi melalui perbualan berasaskan kandungan. Ia kini tersedia melalui Copilot Labs dan ciri ini hanya boleh digunakan di Microsoft Edge serta terhad kepada beberapa laman web tertentu.

    Pada peringkat awal, akses pratonton ini diberikan kepada sebilangan kecil pelanggan Copilot Pro di Amerika Syarikat dengan bayaran langganan $20 sebulan. Microsoft merancang untuk memperluaskan senarai laman web dan pengguna secara berperingkat.

    Sesi Copilot Vision perlu diaktifkan secara manual dan bersifat sementara di mana data sesi akan dipadamkan sebaik sahaja tamat. Ciri ini hanya membaca teks dan imej daripada laman web tanpa memproses lebih atau menggunakan data penerbit untuk melatih AI.

    Pendekatan berhati-hati ini diambil selepas kritikan terhadap ciri Recall yang menangkap tangkapan skrin aktiviti pengguna tanpa enkripsi data. Selepas beberapa penambahbaikan keselamatan, Recall kini tersedia untuk diuji oleh pengguna Windows Insiders.

    Dengan pelancaran ini, Microsoft berusaha memperkenalkan teknologi AI yang inovatif sambil memastikan keselamatan dan privasi pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured