More

    Microsoft mungkin akan mengeluarkan Surface Book 3 dengan Intel Core i7-1065G7 dan GPU NVIDIA Max-Q tahun ini

    Microsoft Surface Book merupakan peranti yang agak popular dalam industri komputer riba yang boleh bertukar kepada tablet. Terdahulu, Microsoft Surface Book 2 hadir di Malaysia pada tahun 2018 dengan intel Core i5 dan i7 Coffee Lake bersama grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dan GTX 1060.

    Terkini, muncul khabar angin melaporkan tentang kemunculan Surface Book 3. Sumber mendedahkan gambar penyenaraian peranti dalam 3DMark yang dipercayai adalah Surface Book 3. Peranti dalam senarai 3DMark ini hadir dengan GPU NVIDIA Max-Q dan processor Intel Ice Lake.

    Menurut sumber, apa yang menguatkan lagi andaian ini adalah hanya siri Surface Book yang memiliki processor berkuasa rendah mudah alih (dalam senarai merupakan Core i7-1065G7).

    Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi berkenaan khabar angin ini. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita ini. Apa pendapat anda? Adakah anda juga fikir Surface Book 3 bakal hadir pada tahun ini? Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami.

    Sumber: NOTEBOOKCHECK

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured