More

    Microsoft sasar 800,000 rakyat Malaysia kuasai AI melalui AIForMYFuture pada 2025

    Microsoft hari ini melancarkan inisiatif AI for Malaysia’s Future (AIForMYFuture) yang bertujuan melengkapkan 800,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang penghujung 2025. AIForMYFuture akan bekerjasama dengan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) di bawah Kementerian Digital yang bakal memacu agenda nasional AI melalui pendekatan bersepadu.

    Inisiatif ini menyasarkan pelbagai kumpulan termasuk penjawat awam, industri profesional, pelajar, guru serta komuniti terpinggir dengan peluang pembelajaran yang disesuaikan. Lima strategi utama AIForMYFuture ialah:

    • Kerjasama luas untuk membudayakan penggunaan AI dalam semua segmen masyarakat.
    • Penggunaan AI dalam industri melibatkan sektor awam dan swasta termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
    • Pembangunan bakat melalui pendidikan merangkumi pelajar sekolah, institusi tinggi dan institusi TVET.
    • Ekonomi AI yang terangkum dengan fokus pada golongan terpinggir dan usahawan wanita.
    • Panduan AI Skills Navigator yang menyediakan langkah-langkah pembelajaran AI untuk semua rakyat Malaysia.

    Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai organisasi seperti HRD Corp, MyDIGITAL Corporation, TalentCorp dan Biji-Biji Initiative. Microsoft juga memperkenalkan program seperti AI TEACH Malaysia yang melengkapkan pendidik TVET dengan kemahiran AI dan Ready4AI&Security yang menyokong wanita dalam bidang AI serta keselamatan siber.

    Dengan usaha ini, Microsoft memperkukuhkan komitmen untuk menjadikan Malaysia peneraju ekonomi AI di rantau ini selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...