More

    Microsoft umum bakal integrasikan DeepSeek R1 versi optimum pada Windows 11 Copilot+

    Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa versi DeepSeek R1 yang dioptimumkan untuk Unit Pemprosesan Neural (NPU) terus ke komputer Windows 11 Copilot+. Langkah ini bertujuan membolehkan pembangun membangunkan aplikasi berkuasa AI yang boleh dijalankan secara tersuai menggunakan model AI yang semakin popular.

    Menurut pengumuman tersebut, model DeepSeek R1 akan tersedia terlebih dahulu untuk komputer yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon X diikuti oleh PC dengan CPU Intel Core Ultra 200V (Lunar Lake) dan model lain pada masa hadapan. Versi Distilled DeepSeek R1 dalam varian 7B dan 14B akan ditawarkan melalui AI Toolkit.

    Microsoft menyatakan bahawa model ini direka untuk memanfaatkan sepenuhnya kemampuan NPU pada PC Copilot+. Langkah ini membolehkan pembangun menggunakan DeepSeek R1 untuk “bereksperimen dengan model” sebagai persediaan untuk pengeluaran.

    Sebaik sahaja dilancarkan, pengguna boleh menemui model ini dalam sambungan AI Toolkit untuk VS Code dan memuat turun model AI yang tersuai pada PC Copilot+. Microsoft turut berkongsi bahawa mereka menggabungkan teknologi daripada pembangunan Phi Silica, model bahasa kecil (SLM) untuk Windows 11 yang khusus untuk mengurangkan penggunaan bateri dan sumber PC.

    Penyesuaian ini diaplikasikan pada model DeepSeek untuk mengimbangi prestasi dan kecekapan. Teknologi Windows Copilot Runtime (WCR) digunakan untuk menyokong ekosistem Windows yang pelbagai dengan format ONNX QDQ. Secara praktikal, ini bermakna aplikasi AI yang dioptimumkan dengan DeepSeek akan dapat dijalankan secara terseuai pada PC Copilot+.

    Namun, terdapat beberapa keperluan minimum untuk komputer ini termasuk NPU dengan kemampuan sekurang-kurangnya 40 TOPS (trilion operasi sesaat), RAM DDR5 16GB dan storan 256GB. Ini adalah standard untuk banyak PC yang menggunakan Snapdragon X Elite, X Plus dan Snapdragon X yang baru diumumkan.

    Dengan penggunaan model DeepSeek R1, penerimaan teknologi ini dalam ekosistem Copilot+ bakal mendapat perhatian pemain industri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured