More

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi antarabangsa itu akan membuat pelaburan sebanyak USD2.2 bilion (~RM10.49 bilion) bagi menyokong transformasi digital Malaysia.

    Ini menjadikannya jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sepanjang 32 tahun Microsoft bertapak di Malaysia. Ia akan digunakan untuk membina infrastruktur awan (cloud computing) dan AI, mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan komuniti pencipta.

    Microsoft juga akan bekerjasama dengan kerajaan bagi menubuhkan Pusat AI negara serta meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Mereka telah pun bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi mengukuhkan ekosistem digital negara.

    CEO Microsoft Satya Nadella (kiri) berjabat tangan dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim

    Selain itu, pelaburan ini akan memenuhi permintaan untuk perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia, serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti melalui teknologi AI terkini.

    Ia menunjukkan komitmen Microsoft dalam membangunkan Malaysia kepada sebuah pusat pengkomputeran awan dan teknologi canggih seperti AI generatif. Ia juga merupakan lanjutan daripada Inisiatif Bersama Malaysia yang diumumkan oleh Microsoft pada April 2021 bagi menubuhkan sebuah pusat data serantau.

    Beberapa organisasi tempatan telah pun memanfaatkan teknologi generatif AI yang dipacu oleh Microsoft seperti PETRONAS, Agroz, Doctor2U, Pandai, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Prudential.

    Microsoft juga akan terus menyokong komuniti pencipta Malaysia melalui insiatif AI Odyssey yang akan membantu sekitar 2,000 pencipta dalam membina kepakaran AI, mempelajari kemahiran baharu serta mendapatkan pentauliahan Microsoft.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured