More

    Microsoft umumkan penamatan Skype bermula hari ini

    Microsoft telah menamatkan perkhidmatan Skype secara rasmi bermula 5 Mei 2025 yang menandakan berakhirnya era salah satu aplikasi komunikasi paling popular sejak dua dekad lalu. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi penyatuan dan penstrukturan semula perkhidmatan komunikasi Microsoft dengan tumpuan kini diberikan kepada Microsoft Teams.

    Penamatan ini melibatkan semua pengguna Skype termasuk pengguna percuma dan berbayar di seluruh dunia. Sebagai alternatif, Microsoft menyarankan semua pengguna untuk beralih ke Microsoft Teams versi percuma (Teams Free) yang menawarkan pelbagai ciri tambahan seperti pengurusan kalendar, sembang komuniti dan kolaborasi berasaskan kumpulan.

    Bagi pengguna sedia ada, data termasuk senarai kenalan dan sejarah perbualan akan dipindahkan secara automatik ke Teams Free sekiranya mereka log masuk menggunakan akaun Microsoft yang sama. Proses ini membolehkan pengguna mengekalkan kesinambungan komunikasi tanpa gangguan.

    Microsoft turut menawarkan tempoh lanjutan sehingga Januari 2026 bagi membolehkan pengguna mengeksport data Skype mereka secara manual sekiranya tidak mahu beralih ke Teams. Pilihan ini termasuk pemindahan sejarah perbualan, senarai kenalan dan maklumat panggilan.

    Perkhidmatan berbayar Skype seperti langganan panggilan antarabangsa dan nombor Skype telah dihentikan pendaftaran baharu sejak awal April dan semua fungsi berasaskan suara akan dialihkan ke antara muka web Skype dan Teams Free bagi pelanggan sedia ada. Perkhidmatan tambahan seperti SMS, pemajuan panggilan dan tetapan ID pemanggil turut dihentikan sepenuhnya.

    Bagaimanapun, Microsoft menegaskan bahawa perkhidmatan Skype for Business tidak terjejas dan akan terus beroperasi seperti biasa bagi pelanggan korporat dan institusi. Skype mula dilancarkan pada tahun 2003 dan telah memainkan peranan penting dalam evolusi komunikasi digital terutamanya semasa pandemik global.

    Dengan peralihan ke Teams, Microsoft kini memberi tumpuan kepada penyelesaian komunikasi yang lebih terintegrasi, selamat dan mesra pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured