More

    Mini Cooper E dan SE EV 2025 didedahkan, rekaan lebih aerodinamik dan moden

    Mini telah memperkenalkan model hatchback elektrik kompak Cooper E dan Cooper SE 2025. Cooper E dan Cooper SE hadir dengan penambahbaikan dalam perbatuan dan perubahan reka bentuk yang ketara.

    Cooper mengekalkan tiga pintu dan gaya Mini klasiknya pada bahagian dalaman dan luaran. Kejuruteraan yang dibawakan dalam barisan Mini Cooper 2025 meningkatkan prestasi pemanduan, perbatuan dan ruang dalaman.

    Mini Cooper 2025 datang dalam dua versi pacuan roda iaitu hadapan dan AWD (All Wheel Drive). Cooper E didatangkan dengan motor elektrik 184HP tunggal dengan tork maksimum 290Nm dan bateri 40.7kWj. Ia mempunyai julat WLTP sejauh 305km berbanding jarak 402km yang terdapat pada Cooper SE.

    Cooper SE mempunyai motor 218HP dengan tork maksimum 330Nm dan bateri 54.2kWj. Cooper E dan Cooper SE boleh menampung pengecasan 75kW dan 95kW. Ia mengecas sehingga 80% dalam masa kira-kira 30 minit.

    Kedua-dua model Cooper E dan SE boleh didapati dalam rim 16 atau 18 inci. Cooper E bergerak dari 0-100km/j dalam 7.3 saat manakala SE mencapai kelajuan yang sama dalam 6.7 saat. Kedua-dua model mengekalkan pusat graviti yang rendah, sistem suspensi terkini dan kelebaran badan yang ditingkatkan.

    Terdapat juga beberapa penambahbaikan pada bahagian aerodinamik untuk mengekalkan kestabilan dan mengurangkan rintangan angin. Buat masa ini, butiran harga dan tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kereta ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured