More

    Misi GreenPossible untuk 100 juta pokok menjelang 2025, TNG eWallet tanam kumpulan pokok pertama

    Hari ini, Kumpulan Touch ‘n Go melalui Touch ‘n Go eWallet, menanam pokok untuk kelompok pertama selepas mencapai 100% kempen pokok maya hasil kutipan daripada orang ramai melalui derma dalam aplikasi dan QR, derma daripada organisasi korporat Touch n’ Go serta hasil jualan kad Mission GreenPossible Touch ‘n Go yang direka khas.

    Majlis penanaman pokok yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia. Kumpulan pertama dianggarkan berjumlah 2,000 pokok di mana 1,000 pokok adalah pokok buah-buahan yang jarang ditanam di tapak seluas 1.4 ekar di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

    Baki bilangan pokok akan ditanam pada tarikh dan tempat kemudian dalam suku pertama tahun ini. Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

    Dilancarkan pada 26 Oktober 2022, kempen Misi GreenPossible: 100 Juta Pokok Menjelang 2025 bertujuan untuk menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia bagi menanam lebih banyak pokok di seluruh Malaysia.

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menyumbang ke arah tujuan tersebut dengan membuat derma melalui aplikasi eWallet. Kempen itu berjanji bahawa untuk setiap 100% pokok maya yang ditanam, sekumpulan pokok sebenar akan ditanam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Touch n’ Go.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured