More

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki sedang khusyuk menonton perlawanan bola sepak sebelum skrin televisyen tiba-tiba bertukar siaran dengan sendiri sehingga membuatkan mereka bingung. 

    Selepas menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon pintar, dalang di sebalik kejadian itu rupa-rupanya ialah isteri salah seorang daripada mereka yang sedang bekerja di sebelah. Usikan yang melucukan itu berjaya dirakam sepenuhnya oleh kamera keselamatan rumah. 

    Insiden ini secara tidak langsung menyedarkan rakyat Malaysia bahawa sistem pemantauan rumah pintar yang lengkap amat penting bukan sahaja untuk keselamatan, malah untuk mengetahui situasi semasa di rumah pada bila-bila masa. Ramai yang menyangka video berkenaan merupakan kejadian sebenar yang berlaku secara spontan. 

    Bagaimanapun, video tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada gimik promosi oleh Unifi untuk memperkenalkan pakej keselamatan dan pelindungan rumah pintar mereka, Unifi Home Shield. Melalui Unifi Home Shield, ia mengetengahkan ciri “Cloud Video Storage” yang membolehkan pengguna menyemak semula rakaman rumah sehingga 7 hari dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di rumah. Melalui pendekatan kreatif ini, Unifi berjaya menunjukkan bagaimana teknologi pemantauan rumah secara masa nyata (real-time) dapat membantu pemilik kediaman memantau keadaan rumah melalui aplikasi Unifi Smart Home dan mendapat ketenangan fikiran walaupun berada jauh dari rumah.

    Pantau rumah dan keselamatan di mana jua anda berada dengan Unifi Home Shield!

    Bayangkan situasi di mana anda terpaksa bekerja lebih masa di pejabat atau meninggalkan rumah untuk menyaksikan perlawan Piala Dunia FIFA 2026 di kedai mamak. Dan mungkin anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang seakan-akan tiada penghujung. Tiba-tiba, pelbagai persoalan bermain di fikiran: “Pintu belakang dah berkunci ke? Kucing saya okay tak? Ibu bapa saya yang sudah berusia macam mana? Anak-anak pula sedang buat apa?” 

    Apakah itu Unifi Home Shield?

    Unifi Home Shield ialah perkhidmatan pemantauan rumah pintar yang mampu milik untuk pelanggan Unifi Home Broadband (pelan 100Mbps dan ke atas). Ia membolehkan anda memantau keadaan rumah 24/7 terus melalui telefon pintar di aplikasi Unifi Smart Home tanpa perlu bersusah payah memasang atau mengkonfigurasikan sistem tersebut sendiri.

    Amaran Segera Terus Ke Telefon Pintar Apabila Pergerakan Dikesan

    • Strim Langsung Dikawal Melalui Aplikasi: Pantau rakaman kamera pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi aplikasi Unifi Smart Home.
    • Notifikasi Pintar: Terima notifikasi segera apabila individu atau pergerakan dikesan.
    • Storan Awan Video Selama 7 Hari: Semak semula rakaman sepanjang minggu lalu tanpa perlu risau tentang masalah atau kegagalan kad memori.
    • Waranti Peranti Sepanjang Langganan: Jika peranti mengalami kerosakan semasa tempoh langganan, Unifi akan menanggungnya.
    • Sokongan Pakar: Nikmati khidmat pelanggan 24/7 serta pemasangan profesional untuk pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

    Pelan Unifi Home Shield Mana Yang Sesuai Untuk Saya?

    Unifi menawarkan tiga pelan berbeza yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis kediaman di Malaysia, daripada kondominium dan apartmen tingkat tinggi hinggalah rumah teres dua tingkat yang lebih luas.

    • Unifi Home Shield Essential Pack (RM15/bulan): Sesuai jika anda hanya mahu memantau kawasan utama seperti pintu masuk atau ruang tamu, sama ada untuk memastikan keadaan rumah terkawal atau melihat gelagat haiwan peliharaan ketika anda berada di tempat kerja.
    • Unifi Home Shield Advance Pack (RM35/bulan): Kamera luar berkuasa solar membolehkan anda memantau pintu pagar atau laluan masuk rumah bagi tujuan menerima penghantaran. Sensor pintu dan tingkap pula membantu anda menyemak sama ada ia ditutup dengan selamat manakala sensor pergerakan dan kamera dalaman meningkatkan tahap keselamatan di dalam rumah.
    • Unifi Home Shield Premium Pack (RM55/bulan): Pilihan ideal untuk kediaman yang lebih besar. Kamera luar berkuasa solar kedua boleh digunakan untuk memantau kawasan yang sukar dilihat seperti pintu belakang dapur atau taman sisi rumah, sekali gus memberikan liputan pemantauan yang lebih menyeluruh.

    Pantau Rumah pada Harga Lebih Berpatutan

    Jika anda pelanggan Unifi, anda boleh menikmati penyelesaian rumah pintar dengan mudah melalui penambahan pakej promosi Unifi Home Shield kepada langganan Unifi Home sedia ada. Tawaran tersedia untuk semua pelan jalur lebar Unifi. Bagi pelanggan baharu, anda boleh mendapatkan pelan Unifi Home 300Mbps bersama Unifi Home Shield Essential Pack pada harga hanya RM129 sebulan.

    "
    "

    Jika anda melanggan pelan Essential secara dalam talian, anda juga layak menerima baucar secara percuma. Dengan Unifi Home Shield, semuanya menjadi lebih mudah kerana peranti, pemasangan dan pemantauan disediakan dalam satu pakej yang berpatutan. Selain itu, pelanggan baharu dan sedia ada Unifi Home Broadband juga boleh menikmati rebat bulanan eksklusif sepanjang dua tahun pertama langganan. 

    Contoh insiden yang tular secara tidak langsung menyedarkan rakyat Malaysia bahawa sistem pemantauan dan perlindungan rumah pintar yang lengkap amat penting bukan sahaja untuk keselamatan, malah untuk mengetahui situasi semasa di rumah pada bila-bila masa. Kunjungi portal rasmi Unifi Smart Home hari ini untuk mendapatkan pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Tertakluk pada terma dan syarat.

    Apa pendapat anda? Mampukah anda membina sistem rumah pintar sendiri dengan kos kurang daripada RM60 sebulan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen dan terus ikuti kami di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki...

    Nvidia belum selesai isu lama, RTX 5090 kembali cetus kontroversi kabel kuasa cair

    Isu kabel kuasa cair pada kad grafik Nvidia nampaknya masih belum berakhir. Walaupun standard 12V-2×6 diperkenalkan untuk menggantikan masalah lama 12VHPWR, laporan...

    “Power bank” bakal pupus? HONOR mungkin hasilkan telefon dengan bateri 14,000mAh

    Kapasiti bateri telefon pintar nampaknya terus meningkat dan HONOR mungkin bakal menjadi antara pengeluar yang tolak trend itu lebih jauh. Menurut sumber,...

    Era game mahal bermula? GTA 6 diumum dengan harga permulaan RM339

    Selepas berbulan-bulan spekulasi dan pelbagai kebocoran harga, Rockstar akhirnya mengesahkan tanda harga rasmi untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6). Pemain yang...

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...