More

    MITI sahkan Jatronics bukan pengeluar semikonduktor di Malaysia

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan bahawa Jatronics Sdn Bhd bukan pengeluar semikonduktor di Malaysia. Tambah MITI, syarikat itu berfungsi sebagai syarikat perdagangan yang terlibat dalam perdagangan borong produk semikonduktor dan perkhidmatan fabrikasi.

    Kementerian itu juga berkata Malaysia menguatkuasakan pengurusan perdagangan strategik melalui Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010 dengan mengawal selia eksport, transit, pemindahan kapal dan pembrokeran barangan strategik khususnya yang mempunyai potensi aplikasi ketenteraan.

    Berdasarkan rekod, Jatronics bukan syarikat berdaftar di bawah STA 2010 dan tidak memohon permit eksport. MITI juga berkata bahawa Malaysia mematuhi sekatan pelbagai hala dan senarai pengguna akhir yang terhad atau dilarang di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).

    Rusia tidak disenaraikan oleh UNSCR dan oleh itu ia tidak termasuk di bawah STA 2010. Pengesahan MITI dibuat sehari selepas Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah Azizan berkata beliau difahamkan bahawa syarikat Malaysia itu bukan pengeluar semikonduktor tetapi syarikat perdagangan yang menjual perkakasan berkaitan semikonduktor.

    Sebelum ini dilaporkan bahawa AS telah mengenakan sekatan ke atas Jatronics kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik penting. Tindakan Jabatan Perbendaharaan AS terhadap Jatronics adalah sebahagian daripada sekatan yang lebih meluas berkaitan konflik Ukraine-Rusia yang menyasarkan entiti dari pelbagai negara.

    MITI telah berhubung dengan kedutaan AS di Kuala Lumpur mengenai sekatan unilateral AS sambil terus meningkatkan pemantauan urusan perdagangan antarabangsa pengeksport dan pengilang Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MITI

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...