More

    MIUI 13 hadir dengan ciri ‘Memory Expansion’, berikan tambahan RAM sebanyak 3GB

    Xiaomi dijangka akan melancarkan antara muka MIUI 13 dalam masa yang terdekat. Pada antara muka ini, beberapa ciri bakal diperkenalkan oleh Xiaomi termasuklah ciri ‘Memory Expansion’.

    Mengikut sumber, ciri Memory Expansion ini adalah sama seperti virtual RAM yang telah digunakan oleh peranti realme, OPPO dan vivo. Ciri ini membolehkan peranti Xiaomi untuk menambahkan RAM sebanyak 3GB (secara maya) dari RAM asalnya. Secara ringkas, ciri ini akan mengubah sebahagian dari storan telefon ke RAM apabila diaktifkan.

    Melihat kepada tangkap layar dari sebuah telefon Xiaomi, MIUI 13 akan menambahkan suis untuk mengaktifkan ciri ini. Ia semestinya dapat membantu telefon lama Xiaomi yang hadir dengan bilangan RAM yang rendah.

    Selain dari ciri Memory Expansion, antara muka MIUI 13 juga dijangka akan menawarkan perubahan visual, animasi baru, ikon aplikasi baru dan lebih lagi.

    Adakah anda gembira dengan ciri baru pada MIUI 13 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured