More

    MLBB M7 hangatkan Shah Alam, realme anjur DreamWatch Party percuma selama 5 hari

    realme tampil sebagai rakan penyampai bagi realme x Fairrie M7 DreamWatch Party iaitu acara e-sukan sempena Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 World Championship yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) dari 21 hingga 25 Januari 2026.

    Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi tontonan langsung M7, cabaran komuniti dan kejohanan kompetitif yang menghimpunkan peminat MLBB dari seluruh seluruh negara. Antara tarikan utama ialah Dream Open 1v1 Championship yang dinobat sebagai maraton 1v1 terbesar dunia dengan penyertaan sehingga 1,800 pemain.

    Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 selain 1,000 diamond untuk peserta Dream Open yang berjaya. Acara ini turut menampilkan realme 15 Pro sebagai telefon gaming rasmi MLBB M7 World Championship yang dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan ciri AI Gaming Coach.

    Selain itu, pada 24 Januari jam 10.30 pagi, pendaftaran khas dibuka kepada pengguna realme di Malaysia untuk peluang memenangi siri realme 15 Pro serta hadiah lain. Kemasukan ke acara ini adalah percuma dan terbuka kepada umum, namun pendaftaran awal digalakkan bagi akses lebih lancar dan peluang memenangi hadiah eksklusif.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured