More

    Mobile Legends pecah rekod sebagai liga e-sukan profesional paling lama di Malaysia

    The Malaysian Book of Records telah menganugerahkan anugerah khas kepada penganjur Mobile Legends: Bang Bang Profesional Leage (MPLMY) sebagai kejohanan e-sukan profesional yang paling lama dianjurkan di Malaysia.

    Sejak penganjurannya pada 2017, liga tersebut telah menghasilkan lebih 500 atlit e-sukan dan berjaya menarik ribuan peminat di seluruh negara. Anugerah ini juga dimulakan oleh para peminat dan pengacara MPLMY yang menzahirkan sokongan mereka dalam media sosial seperti TikTok.

    Anugerah ini akan disampaikan kepada pihak MPLMY dalam acara Grand Finals MPL Malaysia Season 10 di Quill City Mall pada 16 Oktober 2022. Para peminat boleh menghadiri acara tersebut secara percuma, di mana mereka bakal menyaksikan sepuluh pasukan bertarung untuk hadiah terkumpul berjumlah USD100,000.

    Layari laman web MPLMY untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured