More

    Mobile World Congress Shanghai akan sambut ulang tahun ke-10 pada Jun 2023, pamerkan teknologi mudah alih terkini

    Acara telekomunikasi tahunan tersohor dalam persada antarabangsa, Mobile World Congress (MWC) Shanghai, bakal dianjurkan buat kali ke-10 di Shanghai New International Exhibition Centre (SNIEC) pada 28 Jun 2023. Selain menyambut dekad pertama untuk acara ini, MWC Shanghai akan memberi pengiktirafan kepada mereka yang banyak menyumbang kepada pembangunan industri telekomunikasi sedunia.

    Pelbagai produk baharu akan dipamerkan dalam dalam MWC Shanghai, termasuklah telefon pintar, komputer riba, peranti gaming serta penggunaan baharu dalam sektor 5G, kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), realiti tambahan (AR), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan banyak lagi.

    Untuk tahun ini, MWC Shanghai membawakan tema Velocity (halaju), di mana mereka akan mempamerkan teknologi masa hadapan, untuk kegunaan hari ini.

    Antara syarikat terbesar yang bakal menganjurkan pameran mereka termasuklah China Mobile, China Telecom, ZTE, H3C dan CICT dalam dewan Super Hall. Lenovo bakal menganjurkan pameran dalam Future Ecosystem Hall (N4) bersama syarikat teknologi XR+ seperti Sky Limit Entertainment, Syrius Robotics, CITIC dan Ruijie Networks.

    Sementara itu, dewan Digital Shanghai Zone pula akan menyambut pencapaian dan inovasi yang dilakukan oleh industri China, serta mengetengahkan visi teknologi antarabangsa oleh Shanghai. Ruang pameran 5G IN akan menunjukkan pelbagai syarikat yang menawarkan inovasi baharu untuk memperbaharui ekosistem mudah alih.

    Di samping mempamerkan teknologi terkini, MWC Shanghai turut memberi anugerah Asia Mobile Awards (AMO) kepada pihak yang membuat sumbangan penting terhadap industri telekomunikasi pada tahun 2023. Antara kategori anugerah yang bakal diberi adalah Sumbangan Penting Untuk Industri Mudah Alih Asia, Telefon Pintar Terbaik di Asia, Inovasi Peranti yang Menggegar Industri dan Cabaran Industri 5G.

    Jika anda berminat untuk menyertainya, anda boleh daftarkan diri di laman web MWC Shanghai dan gunakan kod FVPDZNFBCA. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured