More

    Mod Companion pada WhatsApp bolehkan pengguna memautkan sehingga empat iPhone

    Kira-kira sebulan yang lalu, WhatsApp secara rasmi melancarkan mod Companion untuk pengguna Android membolehkan anda memautkan sehingga lima telefon Android ke satu akaun. Kini, ciri ini juga disediakan untuk pengguna iOS. WhatsApp versi 23.10.76 untuk iOS membawakan fungsi baharu dan ia tersedia untuk dimuat turun melalui App Store.

    Sama seperti pada Android, versi iOS untuk apikasi pemesejan menyegerakkan sejarah anda dan semua mesej anda dihantar ke semua peranti anda. WhatsApp memastikan bahawa semua perbualan anda kekal disulitkan dari hujung ke hujung walaupun pada peranti yang dipautkan.

    Namun, beberapa ciri seperti senarai siaran pemesejan dan kemas kini status hanya tersedia pada peranti utama. Di samping itu, versi baharu kini memainkan GIF secara automatik dalam sembang tanpa perlu mengetik mesej. WhatsApp untuk perniagaan di Android tidak lama lagi akan mendapat ciri arkib Status kerana ia dilihat pada versi beta perisian itu.

    Ia membolehkan pemilik perniagaan mengarkibkan status akaun tertentu dan menggunakannya semula apabila diperlukan pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo 1|2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured