fbpx
More

    Mod Dual-View, rakaman video menggunakan kamera hadapan dan belakang sekaligus khas untuk vlogger!

    Sejajar dengan jumlah vlogger yang semakin meningkat, HUAWEI telah melancarkan HUAWEI nova 7 SE pada 19 Jun 2020 yang lalu. Oleh kerana ia merupakan sebuah telefon pintar 5G termurah di Malaysia, semestinya HUAWEI nova 7 SE mendapat sambutan hangat.

    Namun, selain daripada mendapat jolokan nama peranti 5G termurah setakat ini, nova 7 SE juga adalah pilihan yang tepat jika anda ingin memfokuskan kepada penghasilan rakaman video kreatif memandangkan ia mempunyai mod Dual-View.

    Anda kini boleh merakam video dengan menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang dalam satu masa yang sama. Kami senaraikan bagaimana HUAWEI nova 7 SE boleh mendapat tempat di hati pengguna melalui trend mod Dual-View!

    Tiada halangan untuk momen indah

    Pernahkah anda ke tempat istimewa bersama orang tersayang, tetapi mempunyai halangan untuk menangkap detik indah bersama? Tambahan pula, tidak semua orang rela membantu untuk mengambil video anda dan pasangan anda dengan baik.

    Ciri rakaman video Dual-View pada kamera hadapan dan belakang HUAWEI nova 7 SE bakal membantu anda merealisasikan tangkapan detik indah tanpa memerlukan bantuan orang lain!

    Penghargaan untuk semua semasa majlis hari lahir

    Mungkin kita biasa melihat video orang yang menyambut hari lahirnya di laman media sosial. Jarang pula kita melihat gambar orang di sebalik tabir yang merealisasikan majlis hari lahir. Mungkin ada, tetapi pada muat naik yang berlainan.

    Tidak perlu lagi menggunakan dua kamera atau dua telefon pintar. Anda boleh menggunakan HUAWEI nova 7 SE untuk merakam sambutan majlis hari jadi dengan memperlihatkan orang yang dirai bersama orang di sebalik tabir majlis. Penghargaan untuk semua!

    Makanan dan nikmatnya perlu dipertontonkan

    Pernahkah anda terfikir, bagaimana untuk tahu nikmat makanan jika hanya ada tontonan makanan? Reaksi semasa menikmati makanan adalah nilai nikmat yang sebenar. Jadi, fungsi Dual-View ini bakal membantu anda merakam makanan dan reaksi anda sekaligus!

    Detik imbau kembali yang lebih lengkap

    Tontonan semula rakaman video ahli keluarga sangat berharga! Detik imbau kembali bakal lebih lengkap jika anda dapat merakam kedua-dua belah pihak iaitu dari sisi perakam dan dari sisi yang dirakam.

    Selain menonton video bayi anda semasa kecil, anda juga boleh melihat diri anda ketika waktu itu!

    Masalah melancong solo kini selesai

    Kami tahu semua orang yang pernah melancong secara berseorangan mengalami masalah untuk merakam diri sendiri, sekaligus ingin memperlihatkan pemandangan. Inilah fungsi Dual-View!

    Rakaman video dan gambar bakal lengkap dengan pemandangan menarik dan diri anda sendiri. Sepertinya, suapan laman media sosial anda bakal menjadi trend baharu!

    HUAWEI AppGallery

    Usah risau, aplikasi kegemaran anda seperti Maybank2U, Lazada dan banyak lagi kini telah hadir di HUAWEI nova 7 SE. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi termasuk yang telah dinyatakan melalui HUAWEI AppGallery.

    Huawei AppGallery

    Huawei AppGallery berkembang pesat di MalaysiaTonton video untuk mengetahui lebih lanjut!Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

    Posted by TV3 Malaysia on Jumaat, 5 Jun 2020

    Promosi Karnival HUAWEI AppGallery

    Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kami memaklumkan mengenai fungsi Dual-View, lebih baik jika kami memberitahu anda tentang promosi yang sedang berlangsung.

    Karnival HUAWEI AppGallery kini kembali dan sedang berlangsung sekarang sehingga 30 Jun. Jangan lepaskan peluang untuk pelbagai penawaran di samping peluang memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta. Terdapat tiga Proton X70 dan 500 skuter elektrik untuk dimenangi, jadi kunjungi mana-mana HUAWEI Experience Store sekarang!

    Ganjaran Member Center

    Khas untuk peminat HUAWEI! Jika anda membeli HUAWEI nova 7 SE, anda bakal mendapat pelbagai penawaran menarik termasuk makanan bernilai sehingga RM1,000!* Penawaran termasuklah Baskin Robbin, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, Lazada dan banyak lagi.

    *Tertakhluk kepada terma dan syarat.

    Beli peranti HUAWEI, bayar RM5.20 sehari

    Ingin memiliki peranti HUAWEI dengan harga serendah RM5.20? Program HUAWEI Together 2020 memberi peluang untuk anda memiliki peranti HUAWEI dengan bayaran harga serendah RM5.20 sehari.

    Pelan ansuran tanpa bayaran pendahuluan ini ditawarkan dengan bayaran ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh memilih pakej gajet HUAWEI mengikut citarasa anda. Klik pada pautan untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat.

    Cara beli HUAWEI nova 7 SE

    Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar dengan fungsi Dual-View, anda boleh memiliki HUAWEI nova 7 SE secara dalam talian melalui HUAWEI Store. Anda juga boleh memilikinya secara luar talian dengan mengunjungi HUAWEI Experience Store berdekatan.

    Kongsikan pandangan anda mengenai ciri Dual-View ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X