More

    [KEMAS KINI] Penjualan domain ai.com: Milik usahawan Malaysia sejak 2021, nilai pembelian bukan RM400?

    Usahawan teknologi Malaysia, Arsyan Ismail, telah mencipta sejarah industri digital dunia selepas berjaya menjual domain internet AI.com pada harga AS$70 juta atau kira-kira RM275 juta. Transaksi ini secara rasmi direkodkan sebagai jualan domain secara terbuka yang paling mahal dalam sejarah mengatasi rekod jualan CarInsurance.com bernilai AS$49.7 juta pada tahun 2010 dan pengambilalihan Chat.com oleh OpenAI pada akhir tahun 2024 bernilai AS$15.5 juta.

    Pembeli domain tersebut disahkan sebagai Kris Marszalek, iaitu pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif platform pertukaran mata wang kripto Crypto.com. Keseluruhan bayaran bagi urus niaga ini telah dilakukan sepenuhnya menggunakan aset mata wang kripto. Arsyan dilaporkan telah membeli domain AI.com tersebut pada tahun 1993 dengan harga hanya AS$100 yang memberikan pulangan pelaburan hampir 700,000 kali ganda daripada modal asal beliau.

    Walaupun proses pemindahan hak milik telah dimuktamadkan secara sulit pada April 2025, pengumuman rasmi mengenai transaksi ini hanya dibuat pada 6 Februari 2026. Domain AI.com kini telah dilancarkan sebagai platform ejen kecerdasan buatan (AI) terbaharu melalui iklan komersial semasa acara Super Bowl LX pada 8 Februari 2026.

    Menurut Marszalek, platform tersebut akan berfungsi sebagai nadi kepada rangkaian ejen AI terpencar yang direka untuk melaksanakan pelbagai tugas dunia nyata bagi pihak pengguna. Sebelum kejayaan jualan ini, Arsyan Ismail pernah tular dalam komuniti teknologi tempatan kerana menjadi satu-satunya pemilik komputer riba permainan Acer Predator 21X di Malaysia yang bernilai RM39,999 pada tahun 2017.

    [Kemas Kini] – Terdapat sedikit perubahan maklumat mengenai perolehan domain ai.com yang dilaporkan sebelum ini. Difahamkan bahawa domain tersebut telah dibeli oleh Arsyam Ismail daripada pihak Saw.com pada tahun 2021. Berkenaan dengan nilai transaksi, laporan terbaharu mengesahkan bahawa harga jualan sebenar bagi domain premium tersebut adalah sulit dan tidak didedahkan secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured