More

    Model Google Gemini sah jadi nadi untuk Siri dan Apple Intelligence

    Apple mengumumkan kerjasama dengan Google untuk menggunakan model kecerdasan buatan (AI) Gemini bagi menjana versi terbaharu Siri dan Apple Intelligence yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Melalui kontrak berbilang tahun, Apple akan memanfaatkan model Gemini dan teknologi pengkomputeran awan Google untuk menyokong ciri-ciri AI mereka.

    Langkah ini bertujuan mempercepatkan pembangunan Siri yang sebelum ini tertangguh selepas kali pertama diperkenalkan pada WWDC 2024. Walaupun Apple turut bekerjasama dengan OpenAI, model Gemini kini diletakkan sebagai teras utama kepada strategi AI masa hadapan syarikat tersebut.

    Penganalisis melihat keputusan ini sebagai usaha Apple untuk terus bersaing dalam pembangunan AI selepas menghadapi cabaran membangunkan model kompetitif secara dalaman. Untuk privasi, Apple menjamin bahawa ciri kecerdasan tersebut akan diproses sama ada secara terus dalam peranti atau melalui sistem awan yang selamat bagi melindungi data pengguna.

    Susulan pengumuman ini, modal pasaran Google mencecah $4 trilion buat pertama kali manakala Apple menjangkakan jualan iPhone meningkat 11 peratus pada suku Disember. Terma kewangan rasmi tidak didedahkan, namun laporan pasaran menganggarkan Apple membayar sekitar $1 bilion setahun untuk integrasi tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    SUmber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured